Connect with us

Oh! Media

Ayda Jebat Kongsi Wajah Dan Nama Anak Selepas Seminggu Lahir

anak ayda jebat

Oh! Artis

Ayda Jebat Kongsi Wajah Dan Nama Anak Selepas Seminggu Lahir

Seminggu lalu, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah selamat menimang cahaya mata sulung perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Difahamkan, bayi lahir sekitar jam 7.07 malam dengan berat 2.77 kilogram.

ADVERTISEMENT

BACA: Kandungan Alami Kontraksi, Ayda Jebat Terpaksa Bersalin Segera

Terbaru, Ayda menjadi perhatian apabila memuat naik wajah anak buat pertama kalinya untuk tatapan peminat. Bersama hantaran tersebut, Ayda memaklumkan si comel itu diberi nama Ana Nayla binti Ahmad Nabil.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan doa agar Ana Nayla menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.

Peminat yang sangat teruja memuji rupa paras bayi yang dilihat memiliki sepasang mata yang sangat cantik.

Alahai comel sangat! Apa-apa pun tahniah diucapkan buat pasangan Nur Suhada dan Nabil Mahir.

Diharapkan dengan kehadiran cahaya mata ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.

Kredit: Instagram Ayda Jebat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top