Connect with us

Oh! Media

“Ayah Pilih Untuk Pergi, Tak Pilih Kami” – Syada Amzah

Anak Nd Lala

Oh! Artis

“Ayah Pilih Untuk Pergi, Tak Pilih Kami” – Syada Amzah

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai keretakan rumah tangga di antara pasangan Dato’ ND Lala dan Datin Fauziah Sarman.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Fauziah Sarman sendiri, suaminya dipercayai telah beristeri baru. Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu juga difahamkan telah menfailkan penceraian di mahkamah.

BACA: “Ini Antara Hidup Dan Mati” – Shila Amzah Cari Kawan Baik Waktu Sekolah, Didakwa ‘Penyondol’ Bapa

IKLAN

Terbaru, adik Shila iaitu Syada tampil dengan surat terbuka kepada bapanya. Difahamkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana mereka tak dapat menghubungi bapa.

Surat terbuka Syada Amzah untuk bapa

Dalam perkongsian itu, Syada menitipkan ucapan ulang tahun ke-62 dan selamat hari raya. Kata Syada, tak ada foto bersama bapa mereka pada hari ini.

Ayah, tak ada foto ayah pada hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tak ada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah.

Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62 tahun. Terima kasih di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.

Mewakili adik beradik yang saya ada (kakak, Shafiq, Syahir dan saya), kami dah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, lagi sekali, ayah tak pilih kami.

Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya dah jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya.

Meskipun ucapan hanyalah ringkas, namun ianya cukup untuk meruntun hati sesiapa yang membacanya. Di ruangan komen, para pengikut termasuk rakan artis memberikan kata-kata semangat untuk Syada dan keluarga.

Kredit: Instagram Syada Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas