
Oh! Artis
“Awat Anak Pakai Lagu Tu?” – Muat Naik Gambar Bercuti, Che Ta Dikutuk Tak Reti Didik Anak
Oleh
Selebriti terkenal, Rozita Che Wan baru-baru ini ada memuat naik beberapa gambarnya bercuti ke Bali bersama anak-anaknya.
BACA: “Ignore The Messy Bed” – Leona Buat Hal, Upload 3 Gambar Nampak Lurah
Namun begitu, perkongsian selebriti jelita itu mendapat kecaman daripada warganet kerana pemakaian anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Rata-rata netizen seakan kurang senang melihat penampilan dan gaya pemakaian Aaisyah yang dilihat terlalu seksi dan tidak sesuai untuk diperagakan kanak-kanak sekecil itu.
Bukan itu sahaja, Che Ta turut mendapat kecaman warganet yang mendakwa dirinya itu seperti tidak tahu mendidik anak.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan serta komen yang negatif terhadap cara pemakaian Aaisyah yang dianggap terlalu menjolok mata.




Kredit: Instagram Che Ta
