Connect with us

Oh! Media

hafidz roshdi

Oh! Artis

Athira Yuhada ‘First Love’ Hafidz Roshdi, Berkawan Dari Tingkatan 3 Dan Pernah Bercinta

Pelakon Hafidz Roshdi menamatkan teka teki apabila mengesahkan telah berkahwin dengan kekasih hatinya, Athira Yuhada.

BACA: Pelakon Kontroversi Hafidz Roshdi Sah Nikah Dengan Kekasih, Athira Yuhada

IKLAN

Memetik laporan portal Media Hiburan, majlis akad nikah berlangsung di Shah Alam kira-kira jam 8.15 malam tadi.

hafidz roshdi

Menurut aktor ini, Athira merupakan cinta pertamanya dan mereka sudah berkawan sejak usia 15 tahun lagi. Malah mereka juga sebelum ini pernah bercinta.

athira yuhada

Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik. Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini.

Ketika ditanya keistimewaan Athira, Hafidz menjawab Athira menerima dirinya termasuk segala kekurangan seadanya.

Hafidz juga enggan ambil kisah apabila ada netizen menuduh Athira punca keretakan rumah tangga bersama bekas isteri, Shuhada Shukri.

Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap.

Pada majlis nikah yang berlangsung meriah malam tadi, pelakon ini menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta lima dulang hantaran dan dibalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.   

Kredit: Media Hiburan

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas