Connect with us

Oh! Media

Artis Veteran Lelaki Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja?

30470806 752e 4e75 98c4 21010f75f436

Oh! Artis

Artis Veteran Lelaki Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja?

Sebelum ini, artis veteran lelaki yang juga merupakan bapa kepada seorang penyanyi wanita terkenal ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan. Siapa pula ni?

Menurut laporan Harian Metro, kejadian pertama berlaku pada Ogos 2020 di sebuah kondominium dekat Puchong yang merupakan rumah kepada kawan ibu mangsa.

Kemudian, dua lagi kejadian amang seksual fizikal terhadap mangsa yang baru saja berusia 14 tahun itu berlaku di sebuah sekolah menengah di Puchong.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan ketika ini.

Apabila kertas siasatan sudah lengkap akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Setakat ini siasatan masih berjalan.

Polis telah menerima laporan berkenaan kejadian itu pada 21 Julai lalu dan artis veteran tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis atas sebab dia menghidap sakit jantung.

Baru-baru ini juga hangat berkenaan isu seorang pelawak ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia dan hasil siasatan polis mendapati bahawa pelawak berkenaan merupakan ‘penghantar’ pekerja seks.

BACA : Selebriti Lelaki Rupanya ‘Penghantar’ Pekerja Seks?

Diharapkan kes-kes seperti ini tidak berlaku lagi. Apapun, semoga kita semua sentiasa dipermudahkan urusan ketika pandemik ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas