Oh! Artis
Artis Lelaki Terciduk Berparti Sakan Di Kelab Malam Walau Rumah Tangga Huru-Hara
Siapakah artis lelaki yang kantoi berhibur di kelab malam itu?
Panas! Seorang artis lelaki kantoi sedang asyik berhibur di kelab malam walaupun kini sedang berdepan masalah rumah tangga.
Video yang dihantar seorang individu kepada wartawan Harian Metro itu memaparkan selebriti itu berseronok dengan rakan-rakannya termasuk wanita.
Sedangkan masyarakat sedang menunggu jawapan dan penjelasan tentang kemelut rumah tangganya, tindakannya memilih untuk berparti dilihat seolah-olah lari daripada masalah yang menghimpit hidupnya.
Sumber bongkar perangai sebenar

Menurut sumber lagi, perlakuan artis itu langsung tidak mencerminkan dirinya sedang menghadapi masalah besar.
Malah, cara dia berparti membuatkan ramai tertanya-tanya adakah dia benar-benar sedar dengan apa yang berlaku.
Memang sedih tengok keadaan dia yang seakan-akan tak sedar diri. Sampai bila dia nak berubah sedangkan usianya bukan remaja lagi. Jadi, tak salahlah kalau isterinya tuntut cerai dengan sikapnya yang tiada rasa tanggungjawab ini. Siapa yang boleh bertahan dengan kehidupan begini? Bila lihat dengan mata kepala saya sendiri, saya dah faham situasi sebenar rumah tangga mereka. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik untuk rumah tangga mereka.
Pendedahan ini membuatkan ramai mula hilang simpati terhadap artis berkenaan. Jika benar dia sedang menghadapi pergolakan rumah tangga, tindakan berhibur di kelab malam hanya mengundang lebih banyak persoalan dan kecaman.
Pssttt! Kadang kala keseronokan hanya jadi topeng untuk lari daripada realiti. Kalau masalah rumah tangga semakin meruncing, lebih baik cari jalan damai daripada terus menambah luka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM