Connect with us

Oh! Media

Prosiding Kedua Pendamaian Antara Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Akhirnya Selesai

Syamsulyusof puterisarah ohmedia

Oh! Artis

Prosiding Kedua Pendamaian Antara Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Akhirnya Selesai

Sebentar tadi berlangsung sudah sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), antara pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

BACA: “Kami Boleh Buat Haluan Masing-Masing” – Puteri Sarah Nekad Bawa Haluan Sendiri

Syamsul dan Puteri Sarah kedua-duanya tampak ceria dan bersemangat ketika hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tepat jam 8.55 pagi tadi.

IKLAN

Puteri Sarah tidak mahu bermusuh dan berdendam lagi. Anggap semua sudah selesai…

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang ditemui pihak media ketika selesai prosiding JKP mengucapkan rasa syukur kerana berkat bulan ramadan ini semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Puteri Sarah juga menyatakan pada malam Ahad dia, Syamsul dan saksi lain sudah bertemu untuk berbincang dengan baik dan mereka bersetuju untuk berpisah secara baik dengan syarat yang dikenakan.

Syamsul Yusof akan lafazkan cerai…

Syamsul Yusof

Peguam mewakili Puteri iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader juga berkata Syamsul Yusof akan melafazkan talak pada 18 April nanti. Pada tarikh itu juga, terma-terma lain seperti hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian akan turut dibincangkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas