Connect with us

Oh! Media

“Apa Saya Cakap Bukannya Tak Betul” – Ini Jawapan Atu Zero Lepas Nabila Razali Terasa

nabila razali

Oh! Artis

“Apa Saya Cakap Bukannya Tak Betul” – Ini Jawapan Atu Zero Lepas Nabila Razali Terasa

Baru-baru ini, penyanyi wanita iaitu Nabila Razali berkongsi rasa kecewanya apabila seorang pelawak lelaki, Atu Zero menggunakan kelemahan dirinya sebagai bahan gurauan. Ini apabila Atu menyatakan Nabila tidak boleh menyanyi secara langsung di program The Masked Singer 3.

ADVERTISEMENT

Itu tak kelakar dan ia sama sahaja dengan body shaming

Nabila menyatakan ia mungkin terdengar kelakar pada orang lain tetapi tidak untuk dirinya.

Cakap perkara betul dan harap dapat jadikan pembakar semangat…

Sedar dengan kenyataan dari Nabila ini, Atu Zero tampil menyatakan dia sudahpun membuat permohonan maaf jika gurauannya itu dianggap keterlaluan melalui hantaran direct message (DM) kepada Nabila.

Bagaimanapun, Atu Zero atau nama penuhnya, Sharif Kunal Doli Sharif tetap berpegang dengan kata-katanya dan berharap agar Nabila dapat menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk jadi lebih baik.

Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun, melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.

Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi, saya cakap sahajalah.

Nabila ketika ini masih belum membalas DM dari Atu Zero dan jika masih marah, Atu Zero menyatakan akan buat permohonan maaf sekali lagi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas