Connect with us

Oh! Media

“Apa Masalah Kau?!”- Diva AA Bersemuka Dengan Azza Isu Sejadah, Tengking Dalam Melodi

Ohmedia diva aa azza

Oh! Artis

“Apa Masalah Kau?!”- Diva AA Bersemuka Dengan Azza Isu Sejadah, Tengking Dalam Melodi

Minggu lalu, isu mengenai pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ‘memaki’ Azza Elite kerana lewat membuat penghantaran sejadah raih perhatian orang ramai.

BACA: “Bapak I Meninggal Semalam Tau” – Gara-Gara Lambat Serah Tempahan Sejadah, Azza Elite Dimaki Azwan Ali

Lagi membuatkan isu terbabit mendapat perhatian apabila Azza meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan dari mulut Diva AA, tambahan pula ketika itu ayahnya baru saja meninggal dunia.

IKLAN
Image 13

Tak tahu berita pemergian bapa Azza

Susulan itu, pihak Melodi mempunyai niat baik untuk pertemukan dua orang selebriti ini bagi memperbaiki keadaan yang sedang ‘panas’.

Semasa ditemubual, Diva AA akui tidak tahu mengenai berita pemergian bapa Azza, namun sebagai pelanggan dia berhak mengetahui alasan lewat menghantar barang yang dibeli.

Netizen pun kena tengking.

Setelah dipertemukan, Diva AA bertanya soalan dalam nada ‘menengking’ mengapa isu ini menjadi besar hingga dilaga-lagakan dan itu membuatkan pelakon terbabit terdiam.

Dalam pada masa yang sama, pengacara itu sempat menengking dan marah ke arah kamera seolah-olah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap netizen yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.

Bagaimanapun, pertemuan untuk berdamai itu bersambung di bahagian kedua, dimana ia akan ditayangkan pada episod minggu hadapan rancangan tersebut.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas