Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Andika Putera Dedah Sebab Utama Tidak Kongsi Wajah Isteri

Baru-baru ini, pempengaruh terkenal, Andika Putera, telah kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang khabarnya berkerjaya sebagai seorang doktor.

BACA: Andika Putera Selamat Bernikah, Isteri Baru Curi Perhatian Netizen

IKLAN

Namun, menerusi video yang dikongsikan oleh Andika semasa majlis pernikahan tersebut, beliau tidak mendedahkan wajah isteri barunya secara menyeluruh. Sekali gus mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.

Andika jawab!

Menerusi Instagram Story terbaru dari Andika, beliau menjawab persoalan itu selepas ditanya sendiri oleh pengikutnya.

Itu bini saya, wife saya, suka hati saya, nak reveal atak tidak. Itu semua pilihan saya. Kenapa tak reveal? atas hak personal privasi sendiri – Katanya

Andika turut berkata, meskipun terdapat pihak ketiga (orang luar) telah menyebarkan gambar isterinya tanpa izin, beliau menganggap perkara itu sebagai sesuatu di luar kawalannya.

Sebagai rekod, Andika sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang personaliti media sosial dari Indonesia, Ananda Natasha pada tahun 2019. Namun, mereka berpisah pada tahun 2022 sebelum kembali rujuk demi kebaikan anak.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka sekali lagi tidak bertahan lama, apabila pasangan itu memutuskan untuk berpisah buat kali kedua pada Disember 2023.

@ohmedianetwork

Andika Putera dedah sebab utama tidak kongsi wajah isteri baru. #ohmedia #mf

♬ original sound Oh! Media

#OhmediaNasihat

Setiap individu berhak untuk menikmati privasi dalam kehidupan mereka, tanpa campur tangan atau spekulasi yang berlebihan. Sudah tiba masanya untuk netizen mengambil pendekatan yang lebih matang dengan menghormati keputusan Andika ini.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Instagram Andika Putera


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas