Connect with us

Oh! Media

“Anda Model Ke?” – Beli Baju Raya Online Tapi Tak Sama Macam Iklan, Michael Ang Bidas Pembeli

Oh! Artis

“Anda Model Ke?” – Beli Baju Raya Online Tapi Tak Sama Macam Iklan, Michael Ang Bidas Pembeli

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri, boleh dikatakan 70% persiapan raya termasuk baju sudah pun siap.

ADVERTISEMENT

Tapi timbul pula isu di mana netizen meluahkan rasa tak puas hati dengan kualiti pakaian yang dibeli secara online. Ada yang terlebih besar, cutting senget, design buruk dan sebagainya lagi. Memang frust la kan bila dapat baju macam tu?

BACA: “Perlu Ke Tiru Budaya Luar?” – Majlis Berinai Kamal Dan Uqasha Dipertikai, Michael Ang Bidas Netizen

Pengarah terkenal, Michael Ang bagaimanapun berpendapat pembeli harus berhenti menularkan isu pakaian tidak sama dengan iklan.

Pembeli harus sedar bahawa pakaian yang diiklan dipakai oleh model dan untuk tujuan pengiklanan sudah tentu gambar disunting untuk kelihatan lebih menyerlah.

Pengarah ini berpendapat, untuk membeli pakaian sebaiknya terus ke kedai dan menyentuh sendiri jenis kain bukannya hanya melihat berdasarkan gambar.

Kalau beli online tu terima la apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati, tak payah nak kutuk-kutuk.

Katanya, kalau pakaian yang diterima kotor atau lain daripada apa yang dipesan, barulah pengguna boleh buat ‘complaint’.

Isu ini sudah tentu menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang membangkang pendapat pengarah ini. Apa pendapat korang?

Kredit: Instagram Michael Ang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas