Connect with us

Oh! Media

“Anak Saya Baru Darjah 6” – Ani Maiyuni Minta Tolong Report Akaun IG Palsu Anak

Oh! Artis

“Anak Saya Baru Darjah 6” – Ani Maiyuni Minta Tolong Report Akaun IG Palsu Anak

Siapa tak geram bila ada orang yang ambil kesempatan ke atas diri kita atau orang yang kita sayang. Ini berlaku kepada pelakon dan penyanyi dangdut, Ani Maiyuni yang mendapati ada pihak buat akaun Instagram dengan nama anaknya.

ADVERTISEMENT

Ani Maiyuni yang menyedari perkara itu berasa tidak puas hati dan meminta bantuan peminat untuk melakukan report ke atas akaun palsu terbabit.

Saya mohon jasa baik wargamaya semua untuk bantu report akaun palsu @thereallwirna. Akaun anak saya @therealwirna. Pandai dia mengelirukan orang lain dengan menambah huru ‘I’ pada nama Wirna.

Yang membimbangkan saya, Wirna fake ini scam orang, saya takut anak saya menanggung akibatnya nanti. – Katanya keapda Gempak.

Menurut Ani, anak perempuannya itu baru berusia 12 tahun dan sebagai ibu sudah pasti berasa risau.

Tidak cukup dengan itu, pemilik akaun palsu terbabit turut dikatakan telah membuat report ke atas semua video yang dinaikkan anaknya di Instagram dengan tujuan mengatakan dialah pemilik sebenar.

Macam-macam cara orang sekarang cuba ambil kesempatan ke atas kita. Jadikanlah apa yang berlaku kepada Ani ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Kredit: animaiyuniofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas