Oh! Artis
Anak Perempuan Shuib Bikin Sedih, Rupanya Sedar Ramai Orang Tak Suka Bapanya
Anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra baru-baru ini menarik perhatian apabila muncul menyanyi buat kali pertama di khalayak ramai.
Siapa sangka Talita atau lebih mesra disapa Dekta mendapat sokongan yang padu sehingga ditonton lebih 160,000 orang di TikTok.
Anak Shuib sedar ramai orang tak suka bapanya
Terbaru, anak kepada Allahyarham Siti Sarah ini menjawab persoalan mengapa mahu menjadi penyanyi. Jawapan kanak-kanak berusia 12 tahun itu benar-benar menyentuh perasaan ramai apabila dia mengaku mahu orang kembali menghargai bapanya.
Jelas Dekta, dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang sebab tertentu. Niatnya cuma mahu orang ramai menyukai bapanya semula.
Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi Dekta nak buat orang suka dengan Daddy balik.
Namun, Shuib segera menafikan tanggapan Dekta dan bertanya dari mana dia mendapat tahu mengenai hal tersebut.
“Daddy selalu minta doakan Daddy”

Dekta menjawab kerana bapanya itu selalu meminta mereka sekeluarga mendoakan dirinya. Jawapan yang diberikan Dekta membuatkan Shuib terharu.
Shuib berterima kasih dan berharap anaknya itu dapat membantunya menaikkan semula jenama Bubblebee yang kini mempunyai banyak masalah.
Terdahulu, Talita tidak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu Kesetian nyanyian asal daripada arwah ibunya, Siti Sarah.
Disaksikan orang ramai di Bukit Bintang, Talita menangis teresak-esak sebelum nyanyian disambung anak saudara Siti Nurhaliza iaitu Umai.
#OhmediaNasihat
Kisah Dekta ini mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga lisan supaya tidak meninggalkan kesan emosi kepada orang lain. Janganlah terlalu kejam meninggalkan komen kerana anak-anak yang semakin membesar sudah memahami apa yang berlaku.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM