Connect with us

Oh! Media

Anak Penyanyi Dangdut Dicekup Edar Dadah

featured 713x401 no box 60

Oh! Artis

Anak Penyanyi Dangdut Dicekup Edar Dadah

Di Indonesia, kecoh isu anak penyanyi dangdut Lilis Karlina yang ditangkap kerana disyaki mengedar dadah. Lebih mengejutkan apabila suspek baru berumur 15 tahun dan masih bersekolah.

Memetik laporan portal liputan, suspek ditahan pada malam Ahad lalu di daerah Ciwareng, Babakancikao, Purwakarta. Penangkapan suspek dibuat berdasarkan maklumat daripada orang awam.

Anak penyanyi dangdut menagih sejak umur 13?

069704500 1639655088 untitled 3
Penyanyi dangdut Indonesia Lilis Karlina

IKLAN

Ketua Polis Purwakarta, Edwar Zulkarnain berkata, suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah secara atas talian. Daripada situ, suspek menjualnya kepada pelanggan yang datang ‘direct’ kepadanya.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 925 biji ubat jenis Hexymer, 740 biji Tramadol dan 200 biji Trihexyphenidyl. Ketiga-tiga jenis ini dipercayai dilarang untuk dijual secara terbuka kepada orang awam.

Hasil siasatan mendapati suspek mengambil ubat-ubatan jenis itu sejak berumur 13 tahun. Setahun kemudian dia mula berjinak-jinak dengan dadah jenis syabu.

Kredit: liputan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas