Connect with us

Oh! Media

Anak Bella Astillah Curi Tumpuan Sertai Triatlon Pada Usia 8 Tahun

Ohmedia ayden syed saddiq bella

Oh! Artis

Anak Bella Astillah Curi Tumpuan Sertai Triatlon Pada Usia 8 Tahun

Ayden, anak Bella Astillah sertai triatlon di usia 8 tahun! Syed Saddiq pula tamat cabaran 113km

Baru berusia lapan tahun, tapi Ayden Adrean, anak kepada Bella Astillah, berjaya mencuri perhatian ramai apabila menyertai acara International Multisport Coastal Fest di Desaru, semalam.

Perlumbaan ini bukan calang-calang. Ayden bertanding dalam kategori Super Sprint dan perlu berenang sejauh 300 meter, berbasikal 10 kilometer dan berlari sejauh 2 kilometer.

Ayden bella astillah

Paling mencabar, Ayden kehilangan pelampung keselamatannya ketika berenang! Tapi dia tetap tenang dan berpatah balik ke pantai sebelum meneruskan perlumbaan dengan kebenaran penganjur.

IKLAN

Ayden berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 47 minit 36 saat untuk berbasikal dan 17 minit 7 saat untuk larian.

“Saya sangat penat, tapi tak pernah putus asa” – Ayden.

Ayden turut berkongsi perasaan dan semangatnya sepanjang menyertai acara itu.

Saya sangat penat masa berbasikal, tetapi saya tak pernah putus asa. Ini pertandingan terbaik pernah saya cuba.- Kata Ayden kepada wartawan di Desaru.

Apa yang lebih menarik, ini bukan kali pertama Ayden masuk acara sukan lasak macam ni. Sebelum ini, dia pernah berjaya menyempurnakan acara renangan 400 meter air terbuka di Langkawi, walaupun hanya menjalani latihan selama seminggu sahaja.

Syed Saddiq tamat perlumbaan Ironman Desaru 113km…

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, turut menunjukkan semangat luar biasa apabila berjaya menamatkan acara 113 Triathlon.

Cabaran ini jauh lebih panjang dan meletihkan, berenang 2.25km, berbasikal 90km dan berlari 21km, semuanya diselesaikan dalam masa 6 jam 14 minit 27 saat.

Syed Saddiq, yang bakal menyertai Kejohanan Dunia Ironman di Nice pada September dan Ironman Malaysia di Langkawi pada November, berkata sukan sebegini wajar dijadikan agenda nasional.

Lebih 50 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan, sepertiga obes dan lebih 30 peratus ada diabetes. Kita perlu bertindak dan acara seperti ini adalah langkah yang baik.- Katanya.

Untuk rekod, acara triatlon ini menghimpunkan lebih 900 peserta dari 25 negara dalam empat kategori iaitu 113 Triathlon, Olimpik, Sprint dan Super Sprint.

Pssttt! Walaupun masih muda, Ayden dah buktikan yang usia bukan penghalang untuk capai sesuatu bila ada semangat dan disiplin. Kejayaan Ayden dan Syed Saddiq juga tunjukkan betapa pentingnya kita jaga kesihatan melalui gaya hidup aktif.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas