Connect with us

Oh! Media

“Anak-Anak Melayu Islam Perlu Diselamatkan Walaupun Itu Anak Sendiri”- Ridhuan Tee Akhirnya Bersuara

Photo 2022 05 25 16 04 45

Oh! Artis

“Anak-Anak Melayu Islam Perlu Diselamatkan Walaupun Itu Anak Sendiri”- Ridhuan Tee Akhirnya Bersuara

Sebelum ini kecoh tentang video menunjukkan pelakon lelaki dan anak kepada seorang pendakwah bebas sedang memeluk, bercium dan bermesra bersama seorang wanita.

Sejak itu juga, nama pendakwah dan penceramah terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menerima tempias apabila video mesra yang dikongsikan wanita terbabit menulis “my memory syafitee” dan orang ramai mula mengaitkan dengan anak Ridhuan Tee.

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.

Hari ini, Ridhuan Tee melalui Facebook miliknya telah tampil bersuara dan mengakui bahawa memang benar iman tidak dapat diwarisi.

IKLAN

Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita anak saya dan dibabitkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian. Saya tidak dapat memberikan kenyataan dengan pantas.

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.

Saya akui saya ada kelemahan..

Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar walaupun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri.

Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina-dina ini.

Ridhuan Tee turut mengakui sudah melakukan yang terbaik untuk enam orang anaknya termasuk saudara maranya. Apapun, dia hanya mampun berserah dan pasrah kepada ketentuan Allah.

Image 3
Image 4

Kredit: Facebook Ridhuan Tee

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas