Connect with us

Oh! Media

Amyra Rosli Tak Salahkan Orang Luar Kalau Jadi Penyondol Suami

amyra rosli

Oh! Artis

Amyra Rosli Tak Salahkan Orang Luar Kalau Jadi Penyondol Suami

Kalau ada orang menyondol, siapa patut dipersalahkan? Bagi pelakon jelita, Amyra Rosli, orang yang disondol itulah patut dipersalahkan sebab tak mengelak. Kah!

ADVERTISEMENT

Apapun, Amyra berpendapat orang luar tidak bersalah sebab perkara tak diingini tidak akan berlaku sekiranya orang lelaki tidak melayan.

Amyra Rosli tak pernah periksa telefon bimbit suami…

Amyra dalam pada itu, turut mendedahkan dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya yang juga seorang pelakon, Amar Bahwin.

Ini kerana dia menghormati privacy suami dan tidak mahu perkara yang tak diingini berlaku.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang pandangan mengenai isu rumah tangga selebriti lain yang bergolak, pengacara Nona itu hanya mahu menjadikannya sebagai pengajaran saja.

Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga.

Amyra turut berkata jika isu penyondol berlaku dalam rumah tangganya, dia akan tetap menyalahkan suami.

Saya tidak salahkan penyondol kerana perkara itu tidak akan berlaku jika suami tidak melayan. Penyondol itu kerana dia orang luar, jadi pihak lelaki yang perlu dipersalahkan.

Untuk pengetahuan korang, Amyra Rosli dan Amar Bahrin mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas