Oh! Artis
Amy Search Bakal Gegarkan Axiata Arena Dengan Konsert Solo Pertama Selepas 44 Tahun!
Ikon rock Malaysia, Datuk Amy Search bukanlah nama asing dalam industri muzik Malaysia. Akhirnya selepas 44 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Search, beliau tampil dengan konsert solo tidak lama lagi.
Peminat muzik rock tanah air pasti teruja, kan? Konsert Solo Pertama ini dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April 2025 (Sabtu) jam 8.30 malam. Pastinya ia akan menjadi satu malam yang penuh dengan nostalgia dan magis!
Tiket mula dijual 5 Februari 2025

Buat peminat setia, ini masanya untuk memastikan anda tidak terlepas menyaksikan persembahan legenda ini secara langsung!
Difahamkan, tiket akan mula dijual pada 5 Februari 2025 di laman rasmi www.wowtix.com.my. Jadi, dapatkan segera sebelum terlepas peluang!
Malam yang bakal menggegarkan!

Harga untuk tiket dijual bermula RM188 hingga RM788 mengikut tempat duduk yang disediakan. Jika korang membesar dengan lagu-lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, dan Mentari Merah Di Ufuk Timur, inilah peluang terbaik untuk menyanyi bersama lagenda rock tanah air!

Difahamkan, konsert ini dibawakan secara eksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia. Konsert ini turut mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah konsert yang disegani di Malaysia iaitu Jennifer Thompson.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: haiselebriti
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM