Connect with us

Oh! Media

Ameng Nafi Terlibat Semula Dalam Najis Dadah, Rokok Pun Dah Berhenti

Oh! Artis

Ameng Nafi Terlibat Semula Dalam Najis Dadah, Rokok Pun Dah Berhenti

Bersiaran secara live di Facebook pada pukul 5 petang setiap hari, Ameng dan beberapa artis yang lain membuat persembahan secara virtual dan mensasarkan sumbangan RM1 daripada penonton.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Ameng bersetuju menyertai persembahan virtual Facebook Artiste Voice of Legend (AVOL) tersebut di atas desakan sumber kewangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, Ameng baru-baru ini difitnah dua individu yang menuduhnya kembali terlibat dalam najis dadah. Kesan daripada fitnah tersebut, peminat tidak lagi memberi sokongan kepada persembahan virtualnya.

Tahulah hidup saya susah tetapi jangan hina atau fitnah saya begini.

Saya perasan memang ada yang mengaitkan saya dengan dadah sejak minggu pertama AVOL berlangsung secara maya itu tetapi ketika itu saya masih bertimbang rasa kerana kasihankan mereka.

Lama- kelamaan keadaan menjadi seperti tidak terkawal apabila ada yang berani untuk terus menfitnah saya. Terbaharu, kononnya saya kacip gigi sebab dadah.

Berasa sangat kecewa dengan tuduhan tersebut, Ameng berkata dia sudah 12 tahun bersih daripada barang terlarang.

Katanya lagi, tuduhan tersebut bukan sahaja memalukan keluarga malah memberi kesan kepada rakan-rakan artis yang turut terlibat dalam AVOL.

Gara-gara fitnah, hari ini tiada langsung duit masuk sebab orang takut saya beli dadah sedangkan kebiasaannya orang salurkan sumbangan boleh mencecah RM150 sehari.

Orang mungkin nampak komen itu sekadar gurauan, namun ramai yang percaya kalau saya terus diamkan diri. Saya bukan saja sudah ‘bersih’, merokok pun dah berhenti.

Kalau mereka nampak saya seperti ambil dadah semula, saya cabar buat tindakan ikut saluran yang betul. Laporkan sahaja kepada pihak berwajib sebab saya tahu saya tak bersalah, bukannya aibkan begini.

Susulan itu, Ameng telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Danau Kota Setapak untuk membersihkan nama. Ameng menuntut individu berkenaan meminta maaf secara terbuka atau tindakan undang-undang akan diambil.

Menurutnya lagi, selain menyanyi, dia menggunakan medium tersebut untuk aktiviti lain termasuk keagamaan seperti mengaji al-Quran.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas