
Oh! Artis
Bercuti Bersama, Ameera Khan Dan Jefri Nichol Pamer Kemesraan Di Pulau Perhentian
Nampaknya hubungan cinta antara pempengaruh terkenal, Ameera Khan dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol semakin terbuka dan langsung tak sembunyi-sembunyi lagi.
Baru-baru ini, pasangan tersebut sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila bercuti bersama di Pulau Perhentian, Terengganu.
Ameera Khan dan Jefri Nichol bercuti bersama
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, kelihatan pasangan sejoli itu sedang menikmati suasana santai di atas sebuah bot mewah.
Apa yang mengejutkan, mereka dilihat berpelukan mesra di atas bot tersebut sambil tersenyum bahagia.
Bukan setakat aksi romantik, penampilan Ameera yang dikatakan terlalu seksi dan menjolok mata turut menjadi perhatian ramai.
Netizen terkejut tengok foto atas bot mewah

Ramai netizen menzahirkan rasa tidak senang dan menganggap Ameera semakin berani menunjukkan kemesraan secara terbuka. Mereka mendoakan semoga pasangan ini cepat-cepat dihalalkan.
Pssttt! Nampak bahagia sangat LMK sekarang kan. Mereka pun sepadan macam pinang dibelah dua. Semoga cepat kahwin!
Kredit: Instagram Ameera Khan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
