Connect with us

Oh! Media

“Amat Patut Juara!”- Tiba-Tiba Kena Panic Attack, Netizen Tak Puas Hati Amad Dapat Tempat ‘Last’ Di TTMM

Ohmedia siti Saerah Amad

Oh! Artis

“Amat Patut Juara!”- Tiba-Tiba Kena Panic Attack, Netizen Tak Puas Hati Amad Dapat Tempat ‘Last’ Di TTMM

Pak Nil hampir hentikan persembahan, tapi semangat Amad buat penonton sebak.

Nama Amad, peserta Talk To My Manager (TTMM), menjadi sebutan netizen selepas kejadian mengejutkan di pentas grand finale rancangan tersebut.

Menerusi beberapa video tular, anak kepada penyanyi Siti Saerah ini dilihat menahan kesakitan dan hampir tidak mampu meneruskan persembahan.

BACA: Final Talk To My Manager Ditunda, Netizen Luah Rasa Bengang Dakwa Ada Unsur ‘Favouritism’

IKLAN

Pengacara rancangan, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) segera naik ke pentas untuk menenangkan Amad selepas melihat keadaan peserta muda itu yang terhincut dan menahan kesakitan.

“Ikutkan hati nak je hentikan persembahan” – Pak Nil

View on Threads

Dalam hantaran di Thread, Pak Nil menjelaskan bahawa dia sendiri berasa sebak melihat Amad yang kelihatan menahan sakit namun tetap mahu menghabiskan persembahannya.

Jelasnya, dia beberapa kali bertanya Amad sama ada mahu meneruskan nyanyian atau tidak. Malah, Pak Nil sendiri jika diikutkan hati mahu menamatkan persembahan namun dia memahami ianya adalah pertandingan.

Momen tersebut membuat ramai penonton turut tersentuh, malah ada yang mengaku menitis air mata menyaksikan ketabahan Amad di atas pentas.

Amad pengsan lepas persembahan

View on Threads

Di media sosial, ramai netizen tampil memberikan kata semangat kepada Amad dan menganggap dia tetap juara di hati peminat walaupun tidak bergelar pemenang rasmi.

Mereka kecewa Amad yang consistent dengan prestasi yang baik setiap minggu tiba-tiba jatuh ke tempat terakhir hanya kerana persembahan pada grand finale terganggu.

Ttmm

Sementara itu, pengguna lain yang dipercayai kru produksi TTMM menjelaskan bahawa Amad sebenarnya mengalami panic attack ketika segmen solo berlangsung.

Dia turut memuat naik video menunjukkan keadaan Amad satu jam sebelum live baik-baik je. Dia memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini.

Pssttt! Apa yang berlaku memang menyayat hati, tapi dalam masa sama menunjukkan semangat luar biasa seorang anak muda yang berjuang sampai akhir. Amad mungkin tak bawa pulang trofi juara, tapi dia dah menang dari segi keberanian dan semangat juang. Semoga Amad terus kuat dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah jauh dalam dunia seni.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas