Connect with us

Oh! Media

Along Cham Mahu Buka Semula Kes Duit RM12k Dicuri Bekas Isteri

Ohmedia along Cham 5

Oh! Artis

Along Cham Mahu Buka Semula Kes Duit RM12k Dicuri Bekas Isteri

Along Cham mahu buka semula kes RM12k didakwa dicuri bekas isteri selepas sah bercerai tahun lalu.

Pelawak terkenal, Along Cham kini bercadang untuk membuat laporan polis sekali lagi terhadap bekas isterinya, Afreena, berhubung kehilangan wang tunai sebanyak RM12,000 yang pernah didakwa dicuri sebelum ini.

Menurut Along, laporan polis mengenai kehilangan duit tersebut pernah dibuat, tetapi kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action).

Along Cham

Ini kerana (DPP) Timbalan Pendakwa Raya maklum bahawa hubungan kami (dengan Afreena) masih suami isteri. Ketika itu, dia kata isteri, jadi boleh ambil duit suami.

Jadi selepas ini, mungkin saya boleh buat laporan semula kerana kami sudah disahkan bercerai sejak Jun tahun lalu.- Katanya.

Along Cham rasa lega selepas talak jatuh…

Along cham 1

Along menjelaskan, selepas sah bercerai pada Jun tahun lalu, dirinya kini berasa lebih tenang untuk menuntut semula hak. Dia turut mengakui bahawa kegagalan rumah tangga yang baru dibina itu memberi kesan besar kepadanya.

IKLAN

Saya gagal mengemudi rumah tangga saya yang baru ini. Saya ambil masa lama iaitu kira-kira lapan tahun sebelum buat keputusan untuk kahwin semula tetapi tak sangka begini jadinya.- Luahnya.

Sementara itu, Afreena ketika ditemubual pihak media menegaskan bahawa dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Along. Malah, dia turut mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya.

Pssttt! Kadang-kadang bila hati tengah panas, kita mudah bertindak ikut emosi. Tapi bila dah tenang, barulah nampak jalan penyelesaian sebenar. Apa pun, dalam kes macam ni, biarlah undang-undang tentukan. Ohmedia nasihatkan korang supaya lebih berhati-hati dalam urusan kewangan, terutamanya bila melibatkan pasangan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas