Connect with us

Oh! Media

Along Cham Dilihat Hadir Mahkamah Syariah Bersama Ibu Dan Anak

Ohmedia along cham ibu mahkamah cerai

Oh! Artis

Along Cham Dilihat Hadir Mahkamah Syariah Bersama Ibu Dan Anak

Sebelum ini, Ohmedia berkongsi artikel tentang pelawak, Along Cham yang dikatakan akan memfailkan cerai taklik ke atas isterinya, Afeena Suhaimi. Terkini, kelibat Along Cham yang ditemani ibu dan anaknya kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Along Cham yang ditemui pihak media bagaimanapun tidak mahu berkongsi apa-apa dan hanya meminta agar semua mendoakan agar urusan dipermudahkan.

Image

Itu yang penting, doa dipermudahkan. Minta ruang untuk saya jumpa pihak sepatutnya untuk selesaikan urusan terlebih dahulu. Hari ini saya datang dengan syurga (ibu) saya.

Pada pagi Selasa, khabar angin tersebar bahawa Along bakal memfailkan lafaz cerai taklik terhadap Afreena Suhaimi. Untuk pengetahuan korang, mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun Along hidup menduda.

IKLAN

Along Cham turut diuji dengan pertuduhan pemilikan dadah…

Image

Selain isu rumah tangga, nama Along Cham turut dikaitkan dengan kes mahkamah melibatkan dadah. Pada Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan beliau daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah jenis kanabis melalui perintah DNAA (melepaskan tanpa membebaskan).

Walaupun begitu, Along masih berdepan dua lagi pertuduhan melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.

Ohmedia along cham ibu mahkamah cerai

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas