Connect with us

Oh! Media

Alisa Dah Tak Minum Susu Botol, Ini Cara Yang Diguna Hanis Zalikha

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 21t003531385

Oh! Artis

Alisa Dah Tak Minum Susu Botol, Ini Cara Yang Diguna Hanis Zalikha

Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Diakui tugas ini tidak mudah, kesabaran dan disiplin yang tinggi sangat penting untuk memastikan anak-anak mendengar arahan dengan baik.

BACA: Cara Mendidik Anak Yang Nakal

Seperti perkongsian selebriti media sosial dan usahawan, Hanis Zalikha, anak perempuannya Alisa Aisyah kini sudah berhenti minum susu daripada botol.

IKLAN
245305171 1243794332765114 7411883745134421046 n 1

Malah, dia berjaya memujuk Alisa untuk menggunakan cawan sepenuhnya.

Mommynis nak share journey ni sebab lama tak sharing sini and banyak benda dah terlepas pastu terlupa terus. Alisa tak minum susu botol dah, dan dah tak bangun malam dah selama beberapa bulan.

Dalam hantaran di Instagram itu, Hanis berkongsi beberapa proses penting dalam melatih Alisa menerima kenyataan bahawa dia perlu meninggalkan botol susu.

Jelas isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak mengenai kesan dan akibat kepada sesuatu perbuatan.

Katanya lagi, anak-anak sebenarnya sangat bijak dan akan memahami setiap perkara yang telah dijelaskan ibu bapa.

245373552 569324584312878 119384704444940290 n

Memetik laporan The Asian Parents, American Academy of Pediatrics mendapati kebiasaan meminum susu botol sehingga usia 18 bulan meningkatkan risiko kerosakan gigi, jangkitan telinga, anemia dan obesiti.

Lapornya lagi, umur ideal untuk mengasingkan botol susu adalah seawal usia setahun.

Terdapat beberapa tips lain yang dapat diamalkan ibu bapa untuk menceraikan botol susu daripada anak. Cara-caranya adalah dengan menukarkan botol susu dengan sesuatu yang lebih sihat seperti stuffed animal.

Selain itu, tetapkan hari dan berbincang dengan anak mengenai keperluan mereka berhenti minum susu botol.

Ibu bapa juga perlu menyediakan cawan-cawan yang berwarna warni dan ceria untuk menarik minat mereka menggunakan cawan.

Ha, bagi korang yang ada anak kecil tu bolehlah cuba tips ini. Yang penting ibu bapa kenalah tegas dan konsisten, barulah menjadi!

Kredit: Instagram Alisa Aisyah | The Asian Parent

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas