Connect with us

Oh! Media

Aliff Syukri Tak Sanggup Lihat Isteri Tanggung Sakit, Terpaksa Batal Hasrat Miliki…

Aliff syukri ohmedia

Oh! Artis

Aliff Syukri Tak Sanggup Lihat Isteri Tanggung Sakit, Terpaksa Batal Hasrat Miliki…

Dah lama pula rasanya Ohmedia tak kongsi apa-apa cerita tentang usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Apapun, malam ni penulis rasa kagum dengan Datuk Aliff sebab sanggup batalkan hasrat memiliki 10 orang anak.

Memetik laporan mStar, Aliff membatalkan impiannya itu kerana tidak sanggup melihat isterinya, Datin Seri Nur Shahida tanggung kesakitan sepanjang hamil.

Aliff juga merasakan, anak keenam yang bakal lahir tidak lama lagi adalah zuriat yang terakhir.

IKLAN

Saya tak sanggup lihat isteri saya sakit. Rancang nak ada 10 orang anak tapi munkin ini adalah anak terakhir. Sebab kalau dia mengalami masalah uri ke bawah, nak berjalan 10 langkah pun tak boleh.

Jadi, isteri saya dalam keadaan lemah dah nak dekat dua bulan kat mana-mana pakai kerusi roda. – Kongsinya.

Dah tidak mahu ambil anak angkat sebab fobia?

Image 94

Dalam pada itu, Aliff turut memaklumkan dirinya sudah fobia untuk mengambil anak angkat kerana beberapa masalah yang timbul dengan keluarga asal anak terbabit.

Saya dah fobia ambil anak angkat sebab kebanyakkan bila anak angkat dah popular keluarga mereka nak ambil balik. Selepas itu ada yang ugut-ugut nak duitlah jadi saya fikir lebih baik saya suruh isteri saya sahaja yang beranak,

Kita doakan yang terbaik buat keluarga Datuk Aliff dan isteri, semoga Datin Shahida dan anak dalam kandungan selamat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas