Oh! Artis
Aliff Syukri Lepas Bebas Kes Video Raya Tak Senonoh
Aliff Syukri dilepas bebas kes video raya kontroversi ‘Kelepuk Raya’ selepas hampir tiga tahun dibicarakan.
Ahli perniagaan yang sering mencetuskan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi jadi bualan bila Mahkamah Sesyen mengumumkan dia dilepaskan dan dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan video muzik raya ‘Kelepuk Raya’.
Kes ini dah hampir tiga tahun menggantung nama usahawan terkenal tu. Menurut kertas pertuduhan, Aliff Syukri didakwa memuat naik empat video bersifat sumbang di akaun Instagram miliknya ‘aliffsyukriterlajaklaris’ pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.
Semua video itu dikesan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 24 April tahun sama. Kesemua pertuduhan dibuat bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kalau sabit kesalahan, hukuman boleh jadi agak berat, denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun. Selain itu, pesalah juga boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari jika kesalahan berterusan selepas disabitkan.
Pendakwaan kes Aliff Syukri dikendalikan SKMM…

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Faten Hadni Khairuddin. Tapi selepas proses mahkamah, Aliff Syukri akhirnya dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan.
Kalau korang masih ingat, lagu raya ‘Kelepuk Raya’ yang dilancarkan Aliff Syukri dulu memang jadi bahan kecaman. Ramai netizen menganggap video muzik berdurasi lebih lima minit itu langsung tak kelakar, malah mencemarkan suasana Aidilfitri.
Antara yang paling dipertikai adalah tarian oleh sekumpulan lelaki dengan gaya lembut keterlaluan. Ada pihak turut mendakwa persembahan itu seolah-olah cuba menormalisasikan budaya songsang LGBT di negara ini.
Pssttt! Kadang-kadang niat nak buat konten kelakar boleh jadi sebaliknya bila cara penyampaian tu tak kena dengan sensitiviti masyarakat. Ohmedia nak pesan, kalau nak berkarya, fikir dulu kesan pada orang lain. Biar karya tu dikenang sebab kualiti, bukan sebab kontroversi.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.