Connect with us

Oh! Media

ruhainies

Oh! Artis

“Aliff Dah Lebih 8 Kali Ke Pavilion Suites” – Bella Astillah Pernah ‘Call’ Ruhainies Tanya Mana Aliff

Lama mendiamkan diri, Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai kecurangan Aliff Aziz dan Ruhainies di belakangnya.

BACA: “Air Mata Dan Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia” – Ibu Aliff Aziz

IKLAN

Sebelum ini, krew penggambaran pernah ‘report’ mengenai tindak tanduk Aliff serta Ruhainies yang mencurigakan di set.

ruhainies

Tetapi Bella masih berfikiran positif mengenangkan Ruhainies merupakan sahabat baiknya. Namun, Aliff dikatakan kerap tidak pulang ke rumah.

Ada satu hari, Bella kuatkan diri Bella tengok GPS track tu. Aliff dah lebih 8 kali pergi ke Pavilion Suites. Kalau Bella nak perangkap, kenapa Bella tak buat time kali ketiga kali keempat? I think more than 8 kali.

Jelasnya lagi, mendapat tahu Aliff sering ke Pavilion Suites, dia menghubungi Ruhainies bertanyakan di mana Aliff.

Bella cakap Aliff tak balik. Dia buat-buat terkejut. “Eh yeke? Kitaorang dah habis shoot. Mungkin dia pergi beli makanan kot. You nak I call dia?”.

Rupa-rupanya bila Bella tengok location Aliff dengan dia. Dan dia tipu Bella, dia kata tinggal di Four Seasons, dia tak beritahu tinggal di Pavilion Suites.

Bella juga memberitahu kejadian khalwat tempoh hari bukanlah 30 minit seperti yang diterangkan Ruhainies dan Aliff.

Ibu kepada dua orang anak ini yakin pihak berkuasa seperti bomba dan pejabat agama tidak akan mengeluarkan laporan tidak benar.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas