Oh! Artis
“Air Mata Dan Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia” – Ibu Aliff Aziz
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah semalam mengaku menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon lelaki untuk membuatkan Aliff Aziz cemburu.
Katanya, ketika itu Aliff Aziz sendiri curang dengan dua orang wanita. Tetapi, mereka dikatakan sudah bermaafan dan kembali berbaik.
Di Instagram, ibu kepada Aliff Aziz iaitu Fiza Aziz ada memuat naik status seolah-olah menyindir seseorang.

Katanya, seseorang boleh berlakon dan menangis demi meraih simpati menutup perbuatan serta siapa dirinya yang sebenar.
Namun, beliau yakin seseorang itu pasti takut akan bayang-bayang yang terus menghimpit mereka.

Terdahulu, Bella Astillah akhirnya bersuara mendedahkan apa yang dilaluinya selama ini. Menurut Bella, Aliff sudah 11 kali curang dan pernah menjalinkan hubungan dengan adik ipar sendiri.
Aliff juga dikatakan berubah sikap termasuk menukar ‘password’ telefon selepas memulakan penggambaran dengan Ruhainies.
Kredit: Instagram S Hafiza Basharahil
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM