Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Dan Ruhainies Lebih Akrab Di Lokasi Penggambaran

Aliff aziz ohmedia

Oh! Artis

Aliff Aziz Dan Ruhainies Lebih Akrab Di Lokasi Penggambaran

Memetik laporan daripada Harian Metro, salah seorang Kru Penerbitan yang dikenali sebagai MRZ ada berkongsi tentang hubungan 2 pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditangkap khalwat baru-baru ini.

Kata MRZ, hubungan Aliff Aziz dan Ruhainies di lokasi set penggambaran kelihatan lebih akrab berbanding hubungan dengan pelakon lain sambil menggunakan panggilan ‘baby’ sesama mereka.

Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama.

Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.

MRZ dan yang lain-lain ada memberi nasihat kepada Aliff supaya tidak terlalu rapat dengan Ruhainies kerana pernah mempunyai kes pada waktu dulu. Namun Aliff tetap berbuat demikian dengan alasan perlu mendapat keserasian.

IKLAN

Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi.

Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

Daripada penceritaan MRZ nampak kedua-dua pelakon ini seperti ada hubungan istimewa sehingga mereka ditangkap khalwat tempoh hari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas