Connect with us
ali puteh

Oh! Artis

Ali Puteh Tak Tahu Hidayah Nak Apa Lagi Kalau Lepas Bayar Masih Mahu Ambil Rumah Peninggalan Ibu

Isu antara pelawak Ali Puteh dan Nor Hidayah masih belum selesai selepas ia berlarutan sejak pemergian arwah Abam, 3 tahun lepas.

Ketika ini, Ali perlu membayar tuntutan saman ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000 secara sekali gus selepas permohonan bayaran secara ansuran ditolak. Rumah peninggalan arwah ibunya juga telah disita sehingga bayaran ini dilakukan pihak Ali.

IKLAN

BACA: 6 Bulan Tak Ada Job, Ali Puteh Pelik Kerjaya Terjejas Sebab Bukan Penjenayah

ali puteh

Ali Puteh akan bayar sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri…

Disebabkan itu, Ali dalam satu kenyataan mengatakan dia sudahpun berbincang bersama ahli keluarga lain dan akan membayar ke semua tuntutan saman menjelang Aidilfitri.

Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.

Jadi, kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insyaallah rumah itu akan selamat.

Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi?

Ali dalam pada itu masih tetap meluahkan rasa hairannya mengapa bukan hartanya yang disita tetapi harta arwah ibunya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas