Connect with us

Oh! Media

Ali Puteh Nak Bayar Saman RM60K Secara Ansuran Tapi Ini Jawapan Hidayah

ali puteh

Oh! Artis

Ali Puteh Nak Bayar Saman RM60K Secara Ansuran Tapi Ini Jawapan Hidayah

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh memaklumkan dia akan membayar saman perintah mahkamah sebanyak RM60,000 kepada Siti Norhidayah Mohd Ali secara ansuran.

ADVERTISEMENT

Bayar ikut apa yang diperintah mahkamah…

ALI PUTEH

Hidayah bagaimanapun meminta Ali melunaskan RM60,000 itu mengikut apa yang dinyatakan oleh mahkamah iaitu dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.

Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

Mahu cepat selesai dan ingin fokus besarkan Hamzah…

Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama

Ali sebelum ini turut mendakwa peguamnya telah menghantar surat untuk menyatakan tentang bayaran ansuran berkenaan. Hidayah kemudian menafikan perkara itu kerana dia dan peguam tidak menerima sebarang surat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas