Connect with us

Oh! Media

Ali Puteh Jawab Kenapa Kunci Rumah Arwah Masih Tidak Boleh Diberikan Kepada Hidayah

Ali puteh hidayah abam ohmedia

Oh! Artis

Ali Puteh Jawab Kenapa Kunci Rumah Arwah Masih Tidak Boleh Diberikan Kepada Hidayah

Menjawab mengenai dakwaan balu arwah Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali tentang kunci rumah arwah, pelawak, Ali Puteh menjelaskan rumah itu masih dalam kes tuntutan faraid.

Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai.

Rumah tidak terbiar kerana dijaga adik arwah…

Ali turut menafikan dakwaan Hidayah yang mengatakan keadaan rumah itu terbiar kerana rumah itu kini dijaga adiknya yang tinggal sementara sehingga kes tuntutan faraid selesai.

Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?

Datang secara mengejut dan orang di rumah keluar bekerja…

Dalam pada itu, Ali turut mendakwa Hidayah tidak memaklumkan tentang kehadiran dia bersama peguam.

IKLAN

Dia datang ke rumah Abam dengan dua kereta bersama peguam secara mengejut dan tidak memaklumkan perkara itu kepada saya mahupun peguam.

Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya?

Ali juga meluahkan rasa hairan kerana Hidayah tidak menghubungi sesiapa sedangkan rumah kakak arwah hanya di belakang rumah itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas