Connect with us

Oh! Media

Ali Puteh Dedah Sudah Cuba Bayar Saman Tapi Norhidayah Tolak

ali puteh

Oh! Artis

Ali Puteh Dedah Sudah Cuba Bayar Saman Tapi Norhidayah Tolak

Baru-baru ini, balu kepada arwah pelawak, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah sekali lagi menaikkan video tentang isunya bersama adik arwah, Ali Puteh.

ADVERTISEMENT

BACA: Ali Puteh Rupanya Masih Belum Bayar Saman, Hidayah Buka Mulut

Ali kemudian menyangkal dakwaan Hidayah yang mengatakan dia tidak berusaha untuk melangsaikan hutang selepas kalah saman sebelum ini.

Memetik laporan laman media Boom! yang menghubungi Ali, pelawak itu akui kesal dengan kenyataan Hidayah seolah-olah menggambarkan dirinya ‘lari’ dari mahu membayar hutang.

Difahamkan, Ali sudah cuba berkrompomi untuk selesaikan hutang terbabit dengan harta benda yang ada kerana itu sahaja jalan yang ada.

Saya sudah cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai.

Janganlah buat macam saya ni tidak berusaha atau buat tak tahu.. Saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu.

ali puteh

Ketika ini, Ali dilihat sedang berusaha untuk menjual apa sahaja barang yang boleh dilakukannya memandangkan tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Katanya, jika dikira semua harta yang dimiliknya kini, masih belum cukup untuk bayar saman.

Ali turut sempat menasihati Hidayah agar berhenti daripada memutar-belitkan kenyataan hingga membuatkan namanya buruk.

Kredit: Boom!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas