Oh! Artis
“Alhamdulilah” – Sedondon Merah Jambu, Mawar Rashid Didakwa Kahwin Jejaka Brunei?
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menimbulkan tanda tanya sama ada sudah menamatkan zaman janda apabila memuat naik gambar sedang didandan.
BACA: Raf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Kembali Ada Jodoh Bersama Bekas Isteri, Mawar Rashid
Memetik laporan mStar, Mawar ada memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024. Namun, hantaran itu telah dipadam.

Di Instagram Story, Mawar berkongsi fotonya memakai baju serba pink dengan inai berwarna putih. Pelakon ini menulis kapsyen ringkas, “Alhamdulilah”.

Ketika dihubungi mStar, pelakon ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Setakat ini, dia tidak boleh memberi sebarang komen kerana ianya terlalu peribadi.
InsyaAllah saya akan berkongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat.
Buat masa sekarang doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Itu je yang boleh saya kongsikan.
Mawar turut berterima kasih di atas doa dan rasa ambil berat orang ramai terhadap dirinya. Jika betul sudah bertemu jodoh apa salahnya kan?




Tetapi, boleh jadi juga Mawar hanya menghadiri majlis perkahwinan orang terdekat kerana adik beradiknya turut terbang ke Brunei.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM