Connect with us

Oh! Media

Datuk Afdlin Shauki Kecewa Penerbitan Filem Angel Of Sandakan Ditolak Finas

Oh! Artis

Datuk Afdlin Shauki Kecewa Penerbitan Filem Angel Of Sandakan Ditolak Finas

Penerbit dan pelawak Malaysia, Datuk Afdlin Shauki kecewa apabila permohonan untuk mendapatkan geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk penerbitan filem Angel of Sandakan ditolak selain turut menyatakan penolakan itu mungkin berpunca dari sokongannya terhadap parti pembangkang iaitu PKR, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Afdlin berkata, Projek penerbitan filem tersebut adalah untuk memenuhi keinginan kerajaan untuk tercalon atau memenangai anugerah di Academy Awards atau Oscars.

Saya tidak terkejut sebaliknya saya sudah berasakan perkara ini akan berlaku dan bukanlah sebab projek ini tidak baik. Sebelum ini, beberapa individu dalam badan kerajaan itu sudah bersetuju secara lisan. Tetapi semuanya berubah apaila saya menyatakan sokongan kepada PKR.

Afdlin berkata, projek ini sudah mendapat respon yang positif dari golongan kreatif dan profesional serta seorang pemenang Oscar.

Melalui syarikat, Petra Group yang diketuai Datuk Vinod Sekhar tidak pernah mencampur adukkan politik dan perniagaan.

Kami memilih untuk bekerjasama dengan semua pihak dan membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa tanpa mengira pandangan politik mereka. Dalam kerja amal pula, Yayasan Afdlin Shauki dan Vinod Sekhar Foundation pula bekerjasama dengan semua golongan dalam usaha membantu sesama manusia tidak mengira latar belakang politik, bangsa atau agama.

Kerjasama dengan pemuda Pas, Umno dan Bersatu adalah kebiasaan bagi kami. Pada asasnya kerja badan bukan kerajaan (NGO) untuk kemanusiaan dan objektif kami ini adalah sama.

Pada masa yang sama, Afdlin menegaskan bahawa projek penerbitan Angel of Sandakan ini adalah untuk menaikkan nama negara selain turut berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas