Connect with us

Oh! Media

“Aku Dah Check Out Dari Hotel (Lokap), Bagi 4 Bintang…”- Fahmi Reza Habis Reman

fahmi reza

Oh! Artis

“Aku Dah Check Out Dari Hotel (Lokap), Bagi 4 Bintang…”- Fahmi Reza Habis Reman

Nampaknya, pereka grafik, Fahmi Reza sudah keluar dari lokap selepas direman selama satu hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

ADVERTISEMENT

BACA: Fahmi Reza Kembali Dengan Lukisan Satira Beruk Pakai Tengkolok Seperti Sultan Undang Pelbagai Reaksi

Dalam hantaran terbaru di Twitter, dia mengandaikan bermalam di lokap umpama bermalam di hotel dengan pakej penginapan 2 hari 1 malam. Dia bagaimanapun tidak berkongsi sebarang proses siasatan yang dilakukan ke atasnya akibat melukis monyet dengan pakaian bangsawan berwarna kuning.

Aku dah check out dari Hotel (lokap) Dang Wangi! Pakej penginapan 2 hari 1 malam courtesy of Mojo Jojo! Lokasi yang menarik, persekitaran yang sempurna dan kebajikan yang hebat.

Makanan juga sedap, siap dapat pakej sahur dan iftar yang dihantar ke bilik. Akan datang semula nanti pada masa akan datang. Aku bagi empat bintang. – Tulisnya.

Apa yang dilakukan Fahmi ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas