Oh! Artis
Akhirnya Neelofa Sendiri Upload Video Rupa Anaknya, Bilal Di Media Sosial
Penantian peminat berakhir! Akhirnya Neelofa sendiri tunjuk rupa Bilal selepas usianya 7 bulan. Wah! Sumpah comel gila.
Neelofa telah memuat naik video kompilasi gambar-gambar anaknya itu menerusi akaun Instagramnya.
Sebelum ni ada individu mendakwa berjaya menangkap gambar Bilal senyap-senyap ketika di dukung Neelofa di samping suaminya yang sedang berurusan di sebuah kaunter kerajaan.
Perkara itu membuatkan Neelofa anggap yang individu tersebut seperti tidak menghormati dirinya dan suami sebagai ibu bapa kepada Bilal.
Usahawan itu juga mempertikaikan kenapa orang luar perlu jadi yang pertama buat sesuatu perkara pasal Bilal padahal yang sepatutnya melakukan itu adalah ibu dan bapanya.
Betul juga apa yang dikatakan Neelofa tu kan? Tapi tulah, ramai sangat yang excited nak tengok muka Bilal. Apapun, Bilal memang comel! Korang rasa ikut muka Neelofa ataupun PU Riz?
Kredit: Instagram Neelofa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM