Connect with us

Oh! Media

Akaun Instagram Kena ‘Suspended’, Caprice Mengaku Tidak Hilangkan Diri

Article 6 29 10

Oh! Artis

Akaun Instagram Kena ‘Suspended’, Caprice Mengaku Tidak Hilangkan Diri

Sejak dari 8 Oktober 2021, Ariz Ramli atau dikenali sebagai Caprice telah menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat akan kehilangannya di Instagram dan media sosial.

BACA: Sifat Panas Baran Dalam Diri Caprice Berpunca Dari Penyakit?

Menerusi laman Mstar, Caprice memberitahu bahawa akaun Instagram miliknya telah digantung oleh penyedia platform berkenaan.

IKLAN

Ada unsur buli atau gangguan

Screenshot 2021 10 29 at 25052 pm
Content Caprice yang disekat Foto Mstar

Penyanyi rap terkenal ini mengatakan bahawa sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada 4 Oktober lalu mengandungi unsur buli atau gangguan.

Akaun kena suspended sebab last video kena report banyak kali.

In Sha Allah minggu ni dapat post balik.

Caprice didapati telah berkongsi beberapa video yang mempunyai isu sensitif, seperti video ulasannya pada 8 Oktober lalu, mengenai isu gangguan seksual oleh rakan sekerja.

Penyanyi ini juga menggunakan platform Instagram miliknya pada 7 Oktober untuk mengulas berkenaan seorang lelaki beruniform tentera menghisap jari jurujual wanita.

Apabila memuat naik isu yang sama secara berturut-turut, Instagram telah mengenal pasti isu sensitif tersebut dan Ariz telah mendapat peringatan daripada Instagram bahawa akaun Instagram miliknya akan dipadam jika terus melanggar garis panduan komuniti platform tersebut.

Setakat ini, Instagram telah memadam lima posting yang mengandungi isu sensitif pada tarikh 2 Ogos sehingga 4 Oktober lalu.

Sama-sama kita nantikan kemunculan Caprice di akaun Instagramnya dalam masa terdekat ini dan nantikan pengumuman tarikh untuk melancarkan single terbarunya, Tiger of Al Quds.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas