Connect with us

Oh! Media

Aisha Retno Rupanya Diserang Anxiety Sebelum Acara Sidang Media Anugerah Juara Lagu Ke-38

Aisha Retno

Oh! Artis

Aisha Retno Rupanya Diserang Anxiety Sebelum Acara Sidang Media Anugerah Juara Lagu Ke-38

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) dan salah seorang peserta, Aisha Retno telah diserang anxiety sebelum acara sidang media. Allahu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, Aisha tidak tahu apa punca terjadi anxiety pada waktu itu dan anggap mungkin disebabkan dia penat buat persiapan sebelum dan selepas persembahannya itu.

Saya tak tahu apa berlaku dengan badan saya mungkin sebab penat tapi itu bukan alasan sebagai seorang anak seni.   

Bila Allah mahu ia terjadi, kita tak boleh nak elak.

Aisha juga mendedahkan yang dia tak rasa takut dengan ketinggian sewaktu bergantung setinggi 30 kaki ketika persembahan tapi takut dengan kelajuan.

Saya tiada masalah dengan ketinggan tapi tak suka kelajuan. Tarik saya ke atas, saya okay sahaja. Tapi saya gembira kerana hasilnya sangat bagus.   

Bila diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan naib juara saya rasa berbaloi dengan semua kos dikeluarkan.

Penyanyi itu juga berkongsi yang persembahannya malam itu memakan kos sebanyak enam angka dan merupakan bajet terbesar dibelanjakan sepanjang kariernya.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Aisha Retno selepas berjaya mendapat naib juara dalam AJL38 semalam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas