
Oh! Artis
“Aircond Cair Atas Tu” – Rumah Terbakar, Alif Muhaimin Tunjuk Bukti Ayat Al-Quran Elok Tak Rosak
Oleh
Kuasa Allah SWT, biarpun rumah rosak teruk dan barangan hangus akibat terbakar tetapi hiasan ayat-ayat Al-Quran langsung tak koyak atau terpotong.
Itulah antara yang dikongsi pelakon dan influencer, Alif Muhaimin mengenai keadaan rumahnya yang dijilat api semalam.
Rumah Alif terbakar
Dalam hantaran yang dibuatnya di Instagram, dapat dilihat rumah sedang marak terbakar dan difahamkan ketika itu ibunya seorang diri di rumah. Dia dan adik beradik yang lain segera pulang menyelamatkan ibu yang terperangkap.
Hiasan ayat Al-Quran elok
Dalam hantaran lain, influencer yang mempunyai lebih 100k pengikut ini menunjukkan bukti tiada satu pun ayat-ayat al-Quran yang koyak atau terpotong.

Jadi, Alif percaya ada hikmah di sebalik dugaan yang menimpa mereka sekeluarga ini.
Kredit: Instagram Alif Muhaimin
