Connect with us

Oh! Media

“Aib, Hinaan, Cacian & Makian Selama 4 Hari Ni Dah Sampai Ke Pihak SKMM”

Fiza Halim

Oh! Artis

“Aib, Hinaan, Cacian & Makian Selama 4 Hari Ni Dah Sampai Ke Pihak SKMM”

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba tular satu perkongsian di Twitter mendakwa pelakon, Fiza Halim seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang. Tidak cukup dengan itu, individu dipercayai bekas adik iparnya turut mendakwa Fiza mata duitan.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri. Fiza akhirnya tampil memaklumkan laporan mengenai tuduhan telah dibuat. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meninjau komen dan mesej berunsur aib dan hinaan di akaun Instagramnya.

213144251 133784775542860 8206206899961381832 n

Apa yang boleh saya bagitahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan. Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dalam siasatan. Account saya ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.

Ujar Fiza, dia dinasihatkan untuk berdiam diri tanpa sebarang ulasan kerana semuanya masih dalam siasatan pihak berwajib. Fiza turut berpesan kepada individu yang pernah meninggalkan komen atau mesej berunsur hinaan supaya bersiap sedia untuk disoal siasat.

IKLAN
210594123 1932072520264808 6387949877191524557 n

Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM. Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja… #staycalm#staysafe#pdrm

Di ruangan komen, peminat dan rakan artis dilihat memberi sokongan padu di atas tindakan matang pelakon berusia 43 tahun itu. Mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Kredit: Fiza Halim

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas