Connect with us

Oh! Media

Afdlin Shauki Nafi Dakwaan Terlibat Kes Salah Laku Projek DBKL Bernilai RM4 Juta

Ohmedia afdlin shauki dbkl

Oh! Artis

Afdlin Shauki Nafi Dakwaan Terlibat Kes Salah Laku Projek DBKL Bernilai RM4 Juta

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tersebar baru-baru ini.

Afdlin dalam satu hantaran di Instagram menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya hanyalah satu agenda untuk memburukkan nama dan menjatuhkan reputasinya.

Afdlin Shauki dakwa dianiaya pihak tak bertanggungjawab…

Afdlin Shauki

Afdlin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang unsur salah laku berkaitan projek berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah yang direka-reka.

IKLAN

Baru-baru ini, tular hantaran dalam Telegram yang cuba mengaitkan saya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan satu projek di bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek ini.

Untuk perhatian saudara saudari sekalian, ini adalah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam tidak bertempat.- Jelasnya.

Bagi menangkis segala tuduhan, Afdlin sudahpun membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Saya difahamkan, perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL. Oleh itu, saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.- Katanya lagi.

Selain itu, Afdlin menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana agensi penguatkuasaan yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Image

DBKL siasat dakwaan salah laku bernilai RM4 juta…

Terdahulu, media melaporkan bahawa DBKL telah melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku membabitkan seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, mengesahkan siasatan itu sedang dijalankan dan pihaknya bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL bagi memastikan ketelusan dalam perolehan projek tersebut.

Ohmedia afdlin shauki dbkl

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas