Oh! Artis
Adik-Beradik Sudah Mula Baiki Hubungan Dengan PU Riz Selepas Terima Penerangan Neelofa
Sebelum ini hubungan antara pengacara dan pelakon popular Neelofa bersama pendakwah bebas, PU Riz menghadapi sedikit salah faham sehingga membuatkan hubungan mereka hampir terputus.
Masalah ini juga timbul dikatakan berpunca dari adik-beradik dan keluarganya dan hari ini Neelofa mengakui hubungan mereka bersama PU Riz sudah semakin pulih.
Alhamdulillah, hubungan adik-beradik saya dengan PU Riz semakin beransur pulih selepas melalui proses perbincangan dan menerangkan situasi yang berlaku. Dalam hal ini, kami berdua yang perlu bijak memainkan peranan.
Ketika keadaan tegang, saya beri peluang kepada semua orang untuk bertenang terlebih dahulu.
Kami selalu berkomunikasi mengenai jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak. Apabila semua orang sudah bertenang, barulah kami memainkan peranan. – Katanya.
Neelofa juga bersyukur selepas keadaan yang tegang dapat dikendurkan dengan cepat.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.