Connect with us

Oh! Media

Adam Shahz Nafi Tak Beri Nafkah, Fatin Afeefa Pula Menangis Dalam Live Selepas Anak Difitnah

Fatin afeefa ohmedia

Oh! Artis

Adam Shahz Nafi Tak Beri Nafkah, Fatin Afeefa Pula Menangis Dalam Live Selepas Anak Difitnah

Konflik di antara pelakon, Fatin Afeefa dengan bekas suaminya, Adam Shahz nampaknya masih belum selesai walaupun sudah berpisah sejak 5 tahun lalu.

BACA: Dituduh Kongsi Bilik Dengan Teman Wanita, Adam Shahz Nekad Saman Fatin Afeefa

Isu ini jadi lebih panas bila Fatin mendedahkan bekas suaminya tidak pernah memberi nafkah kepada anak mereka dan turut menuduh cahaya matanya, Arrian sebagai anak luar nikah.

IKLAN

“Kenapa tak mengadu dekat mahkamah?” – Adam.

Memetik temubual Adam Shahz bersama pihak Melodi baru-baru ini, dia menepis tuduhan yang dilemparkan bekas isterinya. Adam melihat isu yang dibangkitkan Fatin hanya sekadar mahu meraih perhatian dan tiada asas.

Ini kerana, dia menegaskan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada anaknya dan menyimpan semua transaksi bayaran berkaitan sejak dari awal berpisah lagi.

Adam nafi pernah tuduh Arrian sebagai anak luar nikah

Image

Tuduhan bekas isterinya itu juga dilihat sengaja ingin cetuskan kontroversi dan memutar belit cerita sebenar.

Saya tidak pernah mention pasal anak luar nikah, siapa yang bercerita? Fikir dulu sebelum nak keluarkan statement. – Adam.

Fatin Afeefa menangis pula dalam live dan umum berhenti dunia lakonan?

Selepas Adam menjawab tuduhan bekas isteri, Fatin Afeefa pula tampil memberitahu dalam live di TikTok yang dia mahu berhenti berlakon dan menyanyi.

Harini saya berhenti berlakon dan menyanyi. Tolong bagi semua job tu dekat ex-husband sebab saya tak nak famous, cuma cari duit untuk anak.

Kredit: YouTube

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas