Connect with us

Oh! Media

Ada Yang Rindu Konsert Jelajah Suria? Saksikannya Secara Digital Je. Ada Hadiah & Artis Popular Tau. Bestnya!

Branded

Ada Yang Rindu Konsert Jelajah Suria? Saksikannya Secara Digital Je. Ada Hadiah & Artis Popular Tau. Bestnya!

“Rindunya nak pergi konsert, tengok persembahan artis secara live!”

Ada sesiapa macam min juga? Rindu nak bersosial sambil layan konsert live. Zaman takde pandemik bolehlah sembang.

Tapi kali ni kami nak share yang Suria FM akan kembali dengan konsert jelajahnya secara digital. Bolehlah nak lepaskan rindu tengok persembahan artis.

Konsert Digital Jelajah Suria

Buat julung kalinya Suria bakal membawakan Konsert Digital Jelajah Suria terus ke skrin digital korang.

Konsert yang bakal berlangsung pada 24 Mac 2021, pada jam 9 malam ini akan menampilkan barisan artis popular dan lagenda seperti Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Masdo, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Farisha Iris dan Bob Sentuhan. 

Korang boleh saksikannya di Facebook Suria FM, YouTube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia dan akan turut disiarkan secara langsung di frekuensi radio Suria FM.

Bukan itu je, selain dihiburkan dengan persembahan, korang juga boleh berinteraksi bersama penyampai Suria seperti Ajak, Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya, DJ Lin serta artis jemputan. Korang juga boleh rebut peluang untuk menang wang tunai dan barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti yang dijalankan sepanjang konsert.

Kalau nak menang, jangan lupa untuk turut serta tau!

Rebut peluang menang sebahagian daripada RM 40,000. Wow masyuk!!

Wah ada lagi yang Suria nak bagi untuk pendengar setia mereka. Bermula 22 Mac sehingga 9 April 2021 ni, korang boleh rebut peluang untuk menang sebahagian daripada RM40 ribu hanya dengan jawab soalan mudah. Amacam tergoda tak?

Peraduan ini memberikan peluang kepada pendengar memenangi RM300 hanya dengan memberikan kata laluan apabila dihubungi penyampai Suria.

Bagi korang yang berminat nak menyertai peraduan ni, boleh daftarkan maklumat peribadi dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana…” (tidak melebihi 15 patah perkataan) di laman web suria.my.

Pendengar bertuah akan dihubungi oleh penyampai Suria yang bertugas dan perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan.

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan dengan tepat atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen yang seterusnya.

Peraduan ini akan dijalankan dikesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Suria Pagi, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Suria Segalanya Hiburan

Bestnya Suria ni, patutlah semakin jadi pilihan pendengar. Jadi korang jangan lupa set janji temu untuk layan Konsert Digital Jelajah Suria ni tau.

Nak tau lebih lanjut mengenai Suria, layari jelajah.suria.my atau follow je sosial media Suria Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas