Connect with us

Oh! Media

Faizal Hussein Letak ‘Gap’ Dengan Pelakon Wanita Ketika Shooting

Oh! Artis

Faizal Hussein Letak ‘Gap’ Dengan Pelakon Wanita Ketika Shooting

Bebas daripada sebarang gosip liar, pelakon popular Faizal Hussein mendedahkan dia bersikap profesional ketika bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita.

ADVERTISEMENT

BACA: Maya Karin Kena ‘Panic Attack’, Faizal Hussein ‘Gentleman’ Siap Kutip Kasut Tertinggal Di Pentas

Menerusi laporan Utusan, pelakon berusia 55 tahun ini berkata dia sentiasa meletakkan batas setiap kali berada di set penggambaran.

Faizal Hussein panggil pelakon lain adik

faizal hussein

Difahamkan, pelakon ni memang menetapkan pendirian tak mahu terpalit sebarang kontroversi sejak awal bergelar anak seni.

Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.

Pelakon yang popular dengan watak Roy dalam filem Gila-Gila Remaja ini berkata, dia hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu malam selepas kerja selesai.

Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.

Mengenai isu pelakon lelaki dikatakan berskandal dengan heroin drama, Faizal berkata sepatutnya pelakon yang berstatus suami orang menjaga batas dan tak mencetuskan publisiti murahan.

Jelasnya lagi, seseorang tak akan bertahan lama jika terlalu banyak kontroversi tak kiralah sama ada baik atau buruk.

Kredit: Utusan | Instagram Faizal Hussein

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas