Connect with us

Oh! Media

Ada Pihak Dakwa Wany Mula Edar Kad Kahwin, Ini Penjelasan Hasrita

Ohmedia wanyhasrita

Oh! Artis

Ada Pihak Dakwa Wany Mula Edar Kad Kahwin, Ini Penjelasan Hasrita

Satu persatu artis wanita yang Ohmedia minat dah tamatkan zamankan bujang. Tapi betul ke penyanyi Wany Hasrita pun akan kahwin tak lama lagi?

Bagaimanapun, Wany yang telahpun berusia 30 tahun itu menafikan dakwaan dia sudah mengedarkan kad kahwin. Wany juga menjelaskan dia pasti akan memaklumkan tarikh bahagian jika sudah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Bukan dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.

Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.

Saya mencintai diri saya…

Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya. – Jelas Wany.

Wany bagaimanapun tidak menyatakan apa-apa mengenai dia akan berkahwin atau tidak. Dia hanya menyerahkan segalanya kepada Allah untuk menentukan bila jodohnya akan tiba.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas