Connect with us

Oh! Media

Ada Perempuan Hantar Sihir? Dai Syed Akui Ada Sebab Kenapa Dia Selalu Tak Pandang Kamera Ketika Live

dai syed

Oh! Artis

Ada Perempuan Hantar Sihir? Dai Syed Akui Ada Sebab Kenapa Dia Selalu Tak Pandang Kamera Ketika Live

Penyanyi dan pendakwah bebas, Da’i Syed memaklumkan dia kini masih dalam proses berubat dengan beberapa Ustaz di Shah Alam dan Kajang.

ADVERTISEMENT

Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata malas bekerja dan tekanan perasaan adalah antara kesan daripada gangguan sihir yang dialaminya.

Ada wanita hantar gangguan sihir?

Gangguan itu membuatkan saya menjadi tertekan dan malas bekerja. Tak boleh bekerja sebab tak fokus kepala saya jadi serabut.

Bukan itu jer, penyanyi lagu Ya Habib itu turut memberitahu bahawa dia turut mengalami kesusahan untuk tidur dan takut untuk berjumpa orang.

Saya jumpa jarum dalam rak baju bilik saya. Ikutkan jarum itu tak pernah ada pun disitu tapi tiba-tiba muncul. Adik saya pun terjumpa duit syiling depan rumah.

Ustaz pernah beritahu kalau jumpa duit syiling depan rumah jangan ambil. Tapi adik saya terambil pula. Jadi, saya pun terus hubungi usyaz untuk lihat rumah saya.

Hasil dari pemeriksaan ustaz itu, Syed mengakui memang ada gangguan jin di dalam biliknya, depan rumah dan dalam kereta. Itu juga menjadi sebab mengapa dia malas untuk keluar dari rumah.

Terdahulu, Syed mengakui dia pernah sengaja tidak memandang kamera ketika membuat video dan melakukan sesi Instagram Live (IG LIVE) kerana dinasihatkan kemungkinan boleh disihir atau santau melalui mata ketika melakukan IG Live.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas