Connect with us

Oh! Media

“Ada Kata Fazura Depan Media Boleh Senyum” – Pengurus Dedah Fazura Sebenarnya Menangis Hampir Tiap Malam

Ohmedia fazura 3

Oh! Artis

“Ada Kata Fazura Depan Media Boleh Senyum” – Pengurus Dedah Fazura Sebenarnya Menangis Hampir Tiap Malam

Riak wajah Nur Fazura yang dilihat tenang di samping 5 pengawal peribadi ketika ke mahkamah baru-baru ini mengundang pelbagai persepsi netizen.

Ada yang membandingkan reaksinya dengan Fattah Amin yang jelas kelihatan sugul dan tidak bermaya.

Namun, rupa-rupanya Fazura juga bersedih dengan ujian yang menimpa rumah tangganya dan menangis hampir setiap malam.

IKLAN
Fazura 1 1 1024x522
Kredit foto Kosmo Shiddiqin Zon

Perkara itu didedahkan pengurus, Iman Tang menerusi temubual bersama mStar. Menurutnya, emosi Fazura juga tidak stabil dan meminta netizen tidak membuat tuduhan tidak benar.

Jelasnya lagi, Fazura memang nampak kuat tetapi apabila mereka berbual, Fazura tak dapat tidur dan menangis.

Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum dan kenapa tidak sedih, takkan lah dia mahu menangis. Kalau menangis orang kata dia tu pelakon. Jadi, janganlah buat spekulasi. Sebenarnya Fazura tu setiap malam dia sedih, kadang-kadang tengah malam kami berbual dan dia menangis.

Meninjau ke Instagram, Fazura meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya pada hari ulang tahun kelahirannya hari ini.

Video yang disunting menggunakan teknologi AI tersebut menunjukkan mereka saling berpelukan.

Ohmedia fazura 3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas