Oh! Artis
“Ada I Kisah Suka Hati I Lah” – Uqasha Senrose Respon Mak Cik Bawang Kecam Makin Berisi
Dah jadi lumrah seorang artis, apa sahaja yang dipaparkan di media sosial pasti menjadi perhatian pengikut. Tambah-tambah lagi apabila ianya melibatkan penampilan seseorang artis itu.
BACA: Niat Tunai Umrah Lepas Kahwin, Uqasha Senrose Terima Pesanan Berbaur Lucah
Seperti yang berlaku kepada pelakon Uqasha Senrose, ada yang mengkritik badannya kelihatan berisi ketika muncul di Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021).
Walaupun begitu, ada yang memuji kecantikan pelakon ini dan memintanya supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif.



Tidak hanya mendiamkan diri, isteri kepada Kamal Adli ini menjawab dia sama sekali tidak kisah dengan komen-komen tersebut. Katanya kini dia sedang menikmati kehidupan yang bahagia.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM